Bakal suami menikah dengan wanita lain, bakal pengantin nekad bakar semua barang hantaran

Setiap pasangan yang sedang dilamun cinta pastinya mahu hubungan tersebut diteruskan hingga ke jinjang pelamin.

Namun, jodoh dan ketentuan itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga, hari bahagia yang dinantikan rupanya satu momen yang sangat menyedihkan serta memalukan.

Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh seorang wanita dari Indonesia apabila bakal suaminya yang akan dinikahi kurang dari tiga bulan rupanya sudah berumah tangga dengan wanita lain.

Bakar barang hantaran

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pengguna akaun dikenali sebagai @dewi_ssartika telah memuat naik video dia membakar barang hantaran dan doorgift yang sepatutnya digunakan pada majlis perkahwinannya nanti.

Bakal suami kahwin dengan wanita lain

Ketika ditanya mengapa membakar semua barangan tersebut, gadis itu memaklumkan dia hilang kawalan diri kerana berasa begitu marah dan sedih apabila mengetahui barang hantaran pihak lelaki yang sepatutnya digunakan pada hari perkahwinan mereka digunakan untuk bernikah dengan wanita lain.

link video : dewi sartika

Apa yang menyedihkan lagi, sebelum lelaki tersebut bernikah dengan wanita itu, dia hanya memberitahu akan menghadiri kursus selama tiga bulan, namun tanpa disangka @dewi_ssartika mendapat khabar melalui jirannya bahawa tunangnya sudahpun mendirikan rumah tangga dengan orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan kata-kata semangat buat pengguna TikTok tersebut. Ada juga sebahagian yang memintanya supaya reda dan bersyukur kerana dijauhkan daripada lelaki yang menyakitkan hati seperti itu sebelum berumah tangga.

Sumber: @dewi_ssartika

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*