“Anak2 ibu semua tak boleh buat video call, Ini Sebab Yang Tak Disangka! …Luahan Wan Maimunah Buat Ramai Sebak

Siapa yang tak kenal dengan pelakon, Wan Maimunah yang sangat sinonim dengan drama-drama air mata.Setiap peran yang dilakonkannya sangat berkesan kepada masyarakat terutamanya jika dia memegang watak seorang ibu yang menanggung kesedihan.

Sebak pulak dengar ucapan

Namun, menerusi satu video yang dikongsi oleh seorang wartawan menggunakan nama akaun @faris_pp sangat menyentuh hati apabila dia bertanya kepada Wan Maimunah  mengenai anak-anaknya.

Menurut pelakon air mata itu, dia meluahkan rasa apabila melihat orang lain boleh membuat panggilan video bersama anak-anak, namun dia tidak dapat melakukan hal tersebut kerana line dirumahnya kurang baik.

Dengan linangan air mata, Wan Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai ibu telah menitipkan pesan supaya jangan sedih andai tidak dapat pulang berhari raya walaupun dia sendiri mengucapkannya dengan begitu sebak.

Air mata tak boleh berhenti

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama terkesan melihat pelakon itu menuturkan kata-kata dalam tangisan sehingga mereka turut sama menangis mengenangkan ibu ayah di kampung.

Hal ini diluahkan warganet diruangan komen dengan pelbagai maklum balas selepas video tersebut tular dan dikongsikan semula lebih daripada 9 ribu RT di Twitter.

Aku tak boleh la tengok dia nangis

Bru isukan, bukan semua dapat video call

Sumber: faris_pp

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*