Lelaki Ini Kongsi Suasana Bazaar Ramadhan Di Brunei. Memang Sangat Berbeza Dengan Kita

Bazar Ramadan boleh dikatakan sebagai ‘lubuk makanan’ yang paling dinantikan kebanyakan orang, lebih-lebih lagi jika di bulan puasa.

Semua makanan yang enak-enak boleh didapati dengan mudah di sana.

Sebut saja makanan apa; nasi ayam, martabak, roti john, nasi kerabu, kuih tepung pelita, ayam golek, kebab, lauk-pauk, air katira, air tebu dan banyak lagi. Semuanya memang ‘menggiurkan’ selera makan kita.

Biasanya kita lihat suasana bazar Ramadan di mana-mana lokasi di negara ini, pasti sama saja kan? Pernahkah kita melihat suasana bazar Ramadan di negara lain? Khususnya di rantau Asia Tenggara ini?

Baru-baru ini seorang netizen, Ridwan Ho berkongsi di laman Facebooknya beberapa keping foto memaparkan rakaman suasana bazar Ramadan di negara jiran kita di kepulauan Borneo, iaitu Brunei.

Walaupun Brunei sering dianggap sebagai negara paling ‘tenang’ di Nusantara ini, namun kemeriahan bazar Ramadannya yang hampir sama macam kita menceritakan segala-galanya.

Di bawah ini adalah foto-foto rakaman suasana bazar di sana.

Makanan dan suasananya hampir sama dengan kita, namun apa yang lebih menarik adalah harganya yang jauh tersangat murah. Jom lihat foto-foto ini.

PALING BEST, TAK RAMAI YANG PAKAI FACEMASK

Hal ini kerana Brunei merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar jangkitan COVID-19 dipercayai antara yang terendah di dunia.

Satu lagi, mungkin ada yang berkata, di mana murahnya? Walaupun ayam goleknya seekor berharga $10, tapi kalau ditukar ke matawang Malaysia akan menjadi RM30.

Satu tips yang kita kena tahu tentang nilai matawang di negara lain; jangan sesekali kita tukarkan matawang tersebut ke duit kita. Bahasa mudahnya, duit kita ialah duit kita, duit dia ialah duit dia.

Apabila di sana, anggap sajalah $10 itu bersamaan RM10. Jadinya seekor ayam golek di sana hanyalah berharga RM10 sahaja, jauh lebih murah berbanding di Malaysia yang beranggaran sekitar RM18 ke RM20 seekor.

Harap-haraplah bila pandemik sudah reda nanti, bolehlah kita berpeluang untuk melancong ke Brunei. Dapatlah juga merasa makanan negara jiran yang ‘sedarah’ dengan kita juga.

Sumber: Ridwan Ho melalui Capture & Bite via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*