United selangkah ke separuh akhir

GRANADA, Sepanyol: Gol cantik Marcus Rashford dan penalti Bruno Fernandes memberi kelebihan buat Manchester United untuk ke separuh akhir Liga Europa selepas menewaskan Granada 2-0 dalam suku akhir pertama hari ini.

Rashford menyempurnakan hantaran jauh Victor Lindelof pada babak pertama dan Fernandes menggandakan kedudukan 2-0 di hujung permainan dalam aksi di Stadium Los Carmenes.

United kini membawa bekalan selesa apabila menerima kunjungan Granada dalam suku akhir kedua di Old Trafford, Jumaat depan.

Kemenangan akan menemukan mereka dengan Roma atau Ajax di separuh akhir. Roma menang 2-1 dalam perlawanan pertama.

“Sebenarnya kami boleh menang lebih besar kerana mempunyai beberapa peluang tapi kemenangan tanpa bolos satu keputusan yang bagus.

“Kami bertahan dengan baik dan David (de Gea) tidak banyak berdepan masalah dalam perlawanan ini,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Rashford kini meledak lapan daripada 23 jaringan United dalam kempen Liga Europa. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*