Piala Sumbangsih kekal milik UniKL

PETALING JAYA: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melaungkan amaran kepada para pencabarnya apabila mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas menumpaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi penentuan penalti shootout 4-3 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan, yang menjadi pilihan untuk menjuarai Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini terikat tanpa jaringan sehingga tamat waktu sebenar permainan.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad UniKL bimbingan Megat Azrafiq Termizi di landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian musim lalu apabila merangkul kejuaraan treble – Piala Sumbangsih, MHL dan Piala TNB.

Kapten UniKL, Muhammad Marhan Mohd. Jalil muncul wira pasukannya apabila tenang menyempurnakan pukulan shootout terakhir, sekali gus meraih suntikan moral terbaik menjelang pertemuan dengan satu lagi gergasi hoki tempatan, Pasukan Hoki Terengganu (THT), Ahad ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*