Suami pemurah hulur duit berkepuk, wanita dipersoal kenapa ‘shopping’ di Guardian je?

Sudah menjadi lumrah dalam menjalani kehidupan rumah tangga, si suami pasti akan memberi wang belanja untuk kegunaan isteri bagi membeli barang keperluan.

Sama seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Azlyn Azmi di aplikasi TikTok, dimana memaparkan dirinya menerima wang dalam jumlah yang agak lumayan.

Rezeki jangan ditolak

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, wanita tersebut membawa wang tersebut untuk membeli barang keperluan di ‘drugstore’ Guardian. Pada mulanya dia hanya bercadang untuk membeli satu barang namun, tertarik dengan produk yang lain.

Setelah selesai membeli, Azlyn sempat memberitahu baki jumlah wang tersebut masih banyak dan boleh digunakan untuk masa akan datang.

Walau bagaimanapun, video yang mendapat 13,000 tanda suka itu telah menerima kecaman daripada warganet kerana disifatkan hanya mahu menunjuk-nunjuk.

Malah ada juga segelintir individu berkata sejumlah wang itu seharusnya dibawa ‘shopping’ ke tempat lebih mewah selain berseloroh mengatakan wang tersebut diperoleh daripada KWSP.

Baik masuk Sephora

Duit banyak kena riak, kenapa masuk Guardian je?

Tak perlu menunjuk pun

Duit KWSP ke?

Lain orang, lain cara perbelanjaan. Apapun, perempuan dengan nafsu beli belah memang tidak dapat dipisahkan. Betuk tak?

Sumber: TikTok Azlyn Azmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*