Sunday, 28 February, 2021

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan!! Lebih memilukan, penantiannya itu berterusan sehingga ke akhir hayatnya


Sebelum ini segala kisah cinta yang menyedihkan hanya dilihat melalui layar filem atau di kaca televisyen sahaja.Mungkin ia hanya dianggap fiksyen semata-mata namun ada sesetengahnya yang betul-betul berlaku di dunia nyata.

Sama seperti kisah seorang penunggu setia yang telah tular di Indonesia sejak beberapa hari lalu.

Dikenali sebagai Pak Arifin, dia dikatakan telah menanti kekasih pujaan hatinya di sudut jalan di kawasan Kayu Tangan, kota Malang, sejak tahun 1970.

Lebih memilukan, penantiannya itu berterusan sehingga ke akhir hayatnya.

Menerusi satu bebenang yang tular di Twitter, warga emas itu dipercayai berada di tempat yang sama hampir setiap hari dengan tujuan untuk menunggu kekasihnya.

Namun, tidak dapat dipastikan sebenarnya penantian panjang itu bermula pada tahun bila kerana selain tahun 1970, ada yang mengatakan bahawa ianya bermula pada 1980-an dan 1990-an.

Penantian panjang itu bermula setelah warga emas itu terpisah dengan kekasihnya dalam peristiwa politik di kota Malang.

Pasangan tersebut saling berjanji akan bertemu semula di tempat itu jika situasi sudah di kota itu sudah kembali tenang.

Pak arifin telah menepati janjinya untuk menunggu kekasih hatinya namun sayang kekasihnya tidak juga kunjung tiba, tanpa diketahui alasannya.

Keberadaan si kekasih juga tidak diketahui iaitu sama ada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.

Namun Pak Arifin tetap percaya bahawa suatu hari nanti kekasihnya akan tiba juga.

Pun begitu, penantian panjang itu berakhir pada tahun 2018 yang lalu apabila warga emas itu ditemui terlantar di tepi jalan dipercayai kerana telah dilanggar lari.

Dia dibawa ke hospital namun tidak dapat diselematkan.

Kesetiannya itu dikagumi orang ramai dan akan selalu dikenang walaupun tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini.

Sumber: adiphpin

Kredit: S.K

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

0 comments on “Cinta Bertepuk Sebelah Tangan!! Lebih memilukan, penantiannya itu berterusan sehingga ke akhir hayatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!