Sunday, 28 February, 2021

Terima Kasih. Selepas Tengku Zafrul Umum Mansh Syarat ISinar, KWSP Pula Tampil Dengan Kenyataan Berikut


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam pr0ses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemansuhan adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

Tengku Zafrul berkata, berikutan perubahan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.

“Perincian mendalam mengenai perkara itu akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat. Kerajaan amat menghargai kes.abaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan slstem ini dilaksanakan.

Pemansuhan kriteria i-Sinar akan membabitkan perubahan kepada sistem, pr.oses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan ringkasnya berkata, ini bagi memastikan permohonan boleh dibuat secara mudah dan selamat bagi membantu ahli bertahan ketika tempoh menc.abar ini.

“Oleh itu, KWSP amat menghargai kes.abaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan ini dilaksanakan,” katanya.

KWSP berkata, ia mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini berkenaan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar bagi memberi lebih ramai ahli b.antuan kewangan melalui simpanan Akaun 1.

“Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan diumumkan oleh KWSP di saluran-saluran k.omunikasi rasmi. Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat s.ahih daripada KWSP
dan sentiasa berw.aspada dengan m.aklumat yang meng.elirukan serta tidak sahlh,” katanya.

Kredit : BHOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

0 comments on “Terima Kasih. Selepas Tengku Zafrul Umum Mansh Syarat ISinar, KWSP Pula Tampil Dengan Kenyataan Berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!