Isteri dedah kecurangan, Skali Pungurus Penyanyi RAP Popular Tampil Bersuara,Ini Penjelasan Beliau

Panas, panas, panas! Baru sahaja reda isu curang pelawak terkenal, Shuk Sahar kini timbul isu berlainan melibatkan seorang penyanyi rap pula iaitu Aman Ra.

Penyanyi yang popular dengan lagu Budak Flat itu menjadi bualan hangat warganet selepas seorang wanita dipercayai isterinya mendakwa penyanyi itu berlaku curang menerusi pendedahan di Instastory semalam.

Memetik laporan pihak Harian Metro, pemilik nama Aman Jamaluddin itu memohon agar dirinya diberi sedikit ruang bagi menyelesaikan kontroversi terbabit.

Pegawai perhubungannya, Joe Saiful mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi berusia 34 tahun itu masih belum dapat memberikan sebarang komen mengenai pendedahan yang dibuat oleh wanita tersebut.

“Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.
“Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi,” kata Joe kepada pihak Harian Metro.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain namun tidak tidak mendedahkan status terkini perkahwinan mereka.

 

Apa kesudahannya? Kita tunggu kenyataan rasmi daripada Aman sendiri ya. Semoga ada penyelesaian terbaik buat mereka!

Sumber: Harian Metro (Najly Jefri)

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*