Barang Kurier R0sak & Pecah,Peguam Ini Ajar Cara Cara Nak Tuntut Hak Kita Yang Ramai Tak Tahu

Isu berkenaan dengan kemarahan pengguna yang menerima barang rosak akibat viral video staf penghantaran lempar barang baru-baru ini telah menarik perhatian peguam Nor Zabetha.

Bukan nak kupas tetang isu dalaman syarikat tersebut, peguam ini akan kongsikan satu info buat anda sebagai pengguna. Jika anda antara pengguna yang menjadi ‘mangsa’ kemarahan mereka, dapat barang yang rosak dan pecah,  Nor Zabetha akan kongsikan cara-cara untuk tuntut hak.

Andai kata ada menerima barangan rosak oleh *&* kerana situasi ini, saya telah membuat semakan kepada terma dan syarat bagi penghantaran oleh *&*. Setakat mana hak kita? Apakah situasi yang boleh kita tuntut?”


Sumber: Blog

Menurutnya, biarpun terma itu kelihatan sangat kuat menyebelahi syarikatnya, anda masih ada peluang sebagai seorang pelanggan untuk tuntut. Jadi, cara-caranya begini :

1) Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. 

Terlepas 48 jam ini, *&* ada hak untuk tolak permohonan kita (Klausa 16.3 terma dan syarat. Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam mereka iaitu 1300-80-9000 atau email seperti dalam Gambar 1 dibawah.

Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

2)  HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan.

Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis.

Jadi kalau anda adalah penerima, dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.

3) Isi borang ganti rugi

Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan *&*FJ dokumen lain yang diperlukan.

Sumber: Facebook


5) Sediakan juga gambar-gambar kerosakan.

Syarikat itu bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya.

Maksudnya kalau barang mudah pecah perlu balut elok-elok dan jenis serta berat barangan perlu isytihar betul-betul.

Jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan *&* dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak.

Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.

6) Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya.

Nor Zabetha menjelaskan bahawa jumlah ganti rugi itu akan dinilai mengikut tahap kerosakan dan juga jumlah kerugian maksima telah pun ditetapkan.

Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.

“Contoh, harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.

Situasi lain, sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.”

Harganya berbeza, kalau domestik yang lebih 2.01kg, maksimum boleh tuntut RM300. Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.

:Mesti ramai yang kata tidak berbaloi bukan? Kalau barangan ribu ringgit. Yang rosak ribuan ringgit tetapi boleh tuntut hanyalah RM300. Sedangkan dalam video kelihatan barangan dikendalikan dengan ganas. Tak adil!

Memanglah ada terma dan syarat dan terikat tetapi jelas dalam video, barangan diperlakukan sedemikian rupa. Langsung tidak ikut SOP atau terma dan syarat.”

Baginya,  ini adalah pengingkaran terma iaitu mereka sepatutnya mengendalikan barangan dengan baik. Kalau sekiranya mereka ikut SOP atau terma tetapi apakan daya barangan rosak, faham juga kerana ia tanpa disengajakan.

Tetapi kalau secara jelas, dicampaknya barangan kita ini. Tidak patut kerana kita meletakkan kepercayaan serta melantik mereka untuk mengendalikan dengan baik.

Sumber: Facebook

Tambahnya, seperti mana kita mematuhi terma dan syarat penghantaran. Begitu juga mereka. Jika mereka telah mengingkari, maka kita boleh mengemukakan saman kerana perbuatan mengingkari terma sehingga menyebabkan kita hilang ribuan ringgit.

Manalah tahu, keputusan berpihak kepada kita.

Sumber: LObakMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*