Aku bahagia walaupun masih blm ada anak. Tiba2 ada text masuk di awal pagi kat fon wife. Bila baca jantung terasa laju

Assalamualaikum sahabat. Thank kepada admin jika sudi siarkan luahan hati aku. Aku teramat perlukan sokongan diwaktu ini.

Aku adalah Ashraf, bekas suami kepada Syuhada. 9 tahun yang lepas, aku adalah pelajar Food Tech di sebuah IPTA.

Sama bidang dengan Syuhada. Cuma dia junior aku. Fast foward, kami bercinta & selepas habis belajar, kami decide untuk bertunang & bernikah.

2 tahun pertama, semuanya betul betul indah. Cakap je nak makan apa mesti dapat. Mesti syuhada akan masakkan. Pergi mana mana mesti nak bersama.

Aku decide taknak kerja satu company, so kami mintak kerja di kilang berasingan tapi dekat. Sebelah sebelah. Pergi & balik sama sama.

Aku merasa susah tu dengan wife aku. Aku bersyukur sebab dia nak bangun & jatuh disisi aku. Walaupun rumah ni kosong, tapi ada dia, aku sangat bahagia.

Cuma aku dengan dia. Allah belum beri rezeki anak pada kami. Jadi focus aku seterusnya adalah ke next level.

Fast foward, 4 tahun berkahwin, masih belum diberikan rezeki anak. Tapi kehidupan semakin senang. Aku dah mampu beli kereta. Satu untuk aku & satu untuk dia.

Rumah yang disewa pun, tuan rumah dah jual pada aku. Alhamdulillah. Ada rezeki dalam setiap penikahan. Aku percaya benda tu. Kami masih sama, bahagia, pergi mana pun sama sama.

Cuma kalau ada dinner company syuhada. Dia kurang gemar ajak aku, jadi mungkin ‘me time’ untuk dia. Aku ok saja.

Aku atur langkah, kejutkan syuhada untuk bangun solat. Dia bangun dan solat. Aku yakin dia isteri yang baik.

Dia mendengar semua kata kata aku. Dia rajin melayan kerenah ku. Dia segalanya pada aku. Aku yakin dia mungkin tersilap langkah.

Selepas Syuhada selesai solat, aku berbicara dengan dia. Siapa lelaki yang text tu? Jawapan ringkas yang aku terima.

‘Kawan’. Jadi aku lanjutkan pertanyaan, ‘mengapa dia cakap jatuh cinta bagai, kan awak tu isteri saya. Mana boleh lelaki tu cakap macam tu’.

Syuhada cuma mengambil bantal & sambung tidur. Nyenyak mungkin tidurnya. Sedangkan aku dalam keadaan gelisah,

Tapi tetap pilihan dia lelaki tu. Ya, lelaki yang berstatus bujang, satu tempat kerja & lelaki yang tahu wanita itu adalah isteri ku.

Tetapi mengapa isteri aku. Tidak ada ke perempuan lain yang dia boleh cari?Sedihnya. Sungguh sedih sahabat. Isteri mahu aku menceraikan dia.

Demi lelaki itu. Dia sanggup meninggalkan suami dia yang bertahun ini, demi perkenalan yang beberapa bulan itu.

Sejak daripada itu, Syuhada begitu lain pada aku. Tidak mahu solat bersama. Tidak mau lagi pergi ke tempat kerja bersama. Baliknya juga sudah lewat.

Isteri yang sepatutnya bahagia disisi aku, tapi aku sedang lihat dia bahagia dengan orang lain.

Aku masih rindukan dia sama saat aku ada disisi dia. Masih aku cintakan dia. Masih aku sayang dia. Aku belajar cara melupakan dia, aku busykan diri.

Aku belajar buat banyak benda. Tapi hati aku masih ada dia. Aku yakin akan tiba masa aku akan lupakan dia. Aku pun belum pasti bila masanya.

Kini syuhada sedang bahagia bersama suami barunya. Dia dah pun block aku disemua media sosial dia.

Ada rakan rakan dia yang masih friend dengan aku di media sosial. Kadang terlintas gambar bahagia mereka. Takpe la, focus aku adalah mencari kebahagiaan aku sendiri.

Doakan aku terus kuat ya sahabat semua.

Sumber: KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*