Sunday, 28 February, 2021

‘Inflvencer’ Tik T0k Di Kec4m, Sar4n Makan 2OOO mg Vit-C Sehari Buat Ros4k Bu4h Pingg4ng.


Tidak kira samada kaum lelaki mahupun wanita, rata-rata ingin memiliki kesihatan tubuh badan yang baik serta kualiti kulit wajah yang berseri. Untuk tujuan itu , pengambilan pelbagai makanan tambahan atau supplement  seperti Vitamin C menjadi ikutan dan trend dalam kalangan masyarakat kita.

Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter @ekynaris mengenai salah seorang influencer TikTok yang memberikan hujahan serta mengesyorkan pengambilan supplement vitamin C  pada kadar dos maksimum yang terbaik 2,000 mg sehari.

Menerusi hantaran tersebut, influencer berkenaan mendakwa bahawa dos vitamin C sebanyak 2,000mg sehari (500mg bersamaan satu biji vitamin C) adalah paling disyorkan pengambilannya untuk sehari tambahan pula pada musim Covid-19 kini.Di samping itu, beliau juga menjamin kesemua dos berkenaan akan diserap sepenuhnya ke dalam tubuh badan tanpa berlaku pembaziran dos yang dibuang menerusi pencernaan air kencing.

Boleh mendatangkan bahaya dan mudarat

Namun, menerusi hantaran rakaman video tangkap layar (screen recording) berkenaan, pengguna Twitter @ekynaris_ sempat merakam dan menjengah ke ruangan komen yang dilontarkan oleh netizen di TikTok berserta kapsyen “Hahaha sis apa ni, 2,000mg tu too much for body. Boleh jadi dangerous tahu. 500mg sudah okay dah. Even 1,000mg doktor kata boleh memudaratkan.”

Rata-rata lontaran komen netizen yang mendakwa kandungan dos vitamin C 2,000mg sehari mampu memudaratkan kesihatan itu sempat dibalas oleh influencer Tiktok berkenaan dan dengan sombongnya beliau membalas dengan kapsyen “Google sebelum hujah”.Isu ini turut menjadi perbualan oleh netizen di Twitter dan rata-rata mereka menganggap bahawa influencer berkenaan lebih mementingkan pendirian beliau sendiri berbanding apa saranan yang disyorkan oleh mereka yang pakar dalam bidang kesihatan.

Ya betul, seperti yang kita tahu, kadar dos vitamin C yang paling tinggi mampu mencerahkan kulit wajah serta baik bagi sistem pencernaan tubuh badan. Namun, jika dicari info menerusi Google, rata-rata pakar kesihatan telah menjelaskan bahawa kandungan dos vitamin C yang paling maksimum diperlukan oleh tubuh badan manusia hanyalah 400 mg sehari.

 

 

Jika vitamin C diambil 2,000mg sehari, 400mg sahaja yang diserap oleh badan manakala kadar dos yang selebihnya akan diproses menjadi air kencing melalui proses penapisan bu4h pinggang. Proses ini membuatkan bu4h ping4ng berkerja keras untuk menapiskan kandungan vitamin C dalam badan. Jika diamalkan selalu, bu4h pinggang akan menjadi rosak serta menyebabkan batu karang yang kronik.

Betul kata orang “kecantikan itu menyakitkan” namun janganlah sampai ianya mampu memudaratkan kesihatan yang kronik. Dalam kes ini, dos vitamin C 2,000mg sehari adalah yang paling terbaik bagi influencer berkenaan sedangkan 400mg sudah memadai. Seelok-eloknya, jadikanlah sayuran serta buah-buahan yang bernutrisi sebagai pengganti supplement vitamin C agar kesihatan bu4h pingg4ng anda terjamin.

Sumber: Network Trending

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

0 comments on “‘Inflvencer’ Tik T0k Di Kec4m, Sar4n Makan 2OOO mg Vit-C Sehari Buat Ros4k Bu4h Pingg4ng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!