Baling Barang Mcm Baling Sampah” – Berkecai Hati Pembeli Tengok Tindakan Pekerja J&T

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan pekerja sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran barang yang membaling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut.

Baling2 barang pembeli

Hal ini didakwa disebabkan masalah pengurusan yang seakan menganiya pekerja apabila bayaran yang diterima tidak setimpal dengan kerja penghantaran yang mereka lakukan.

https://twitter.com/imrannazri__/status/1358060527574867970?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1358060527574867970%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fhati-penjual-sama-berderai-lihat-pekerja-jt-mogok-baling2-barang-pembeli%2F

Nak mogok tu mogok jela, barang orang jangan usik

Namun begitu, ramai warganet yang tidak berpuas hati dengan mogok yang dilakukan oleh pekerja-pekerja tersebut kerana barangan yang mereka lempar dan rosakkan adalah milik pembeli dan pastinya tidak ada kena mengena dengan masalah antara mereka dan syarikat pengurusan.

Tak pasal2 boleh ke lokap

Tak kurang juga yang meninggalkan komen dengan merasakan tindakan mereka tidak menyelesaikan masalah, tetapi membuatkan orang lain seperti penjual turut berdepan masalah andai barangan yang dibaling itu rosak akibat kemarahan yang mereka luahkan.

Rata-rata daripada mereka faham akan penganiyaan yang dihadapi pekerja syarikat perkhidmatan penghantar barangan itu. Namun, apabila ia melibatkan kerugian orang lain, ia adala satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Sedih tengok barang2 kena campak

Seller pulak nanti jadi mangsa

Amanah tetap amanah!

Walau bagaimanapun video yang tular itu belum lagi mendapat penjelasan daripada mana-mana pihak. Lokasi yang memperlihatkan para pekerja tersebut melakukan kerosakkan juga tidak dinyatakan oleh pengguna Twitter yang memuat naik rakaman tersebut.

Melalui pemerhatian, video terbabit diperoleh menerusi aplikasi Tiktok milik seorang pengguna dikenali sebagai umiselama.

Sumber: umiselama, Twitter, imrannazri_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*