Isu Semasa

Selepas Pengurusan JNT Perjelaskan Isu Tak Bayar Bonus,Skali Staff Yg Terlibat Tampil Buka Mulut Bongkar Hal Sebenar

” Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus dan Undang-Undang Perburuhan Malaysia.”

Demikian penjelasan syarikat kurier, J&T Express (J&T) selepas tular rakaman pekerja mereka yang didkwa mo-gok dan membaIing bungkusan barang-barang pelanggan.

Pihak J&T turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tampil memberi penjelasan mengenai penangguhan, pemotongan gaji serta kecurian bungkusan kendalian syarikatnya.

Menerusi satu surat terbuka di Facebook, syarikat itu menjelaskan pengagihan bungkusan secara gnas yang berlaku pada Khamis lalu disebabkan terdapat segelintir kakitangannya tidak memahami dengan jelas sistem pengagihan bonus dalam kalangan pegawai jabatan.

” Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Disebabkan masalah itu, J&T memaklumkan, ada yang kurang jelas sistem pengagihan bonus, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara gnas pada Khamis lalu dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama dan menyebarkan video ke sosial media.

” Bagaimanapun, pengurusan negeri Perak segera menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku. Pada 5 Februari (Jumaat) lalu, pekerja kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun serta memproses bungkusan pelanggan.

” Kami ingin menjelaskan bahawa J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan akan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, J&T menjelaskan pihaknya komited untuk pembangunan lokal, meningkatkan pampasan dan faedah pekerja dari semasa ke semasa, mempromosikan pembangunan ekonomi sosial dan industri e-dagang serta komited membangun sistem pampasan dan faedah lengkap untuk pekerja.

Dalam pada itu, J&T turut memberi maklum balas mengenai aduan warganet mengenai pekerjanya yang didakwa mencuri makanan dan minuman daripada bungkusan pelanggan.

” Disebabkan peningkatan pesat dalam jumlah bungkusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, J&T mengambil lebih banyak bungkusan daripada masyarakat.

” Dalam tempoh ini, syarikat mengupah lebih ramai pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja sementara.

” Ini adalah kesalahan dalam pengurusan kami. Kami juga sudah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat,” katanya.

Tujuh pekerja J&T Express tampil bersuara

Sementara itu, tujuh pekerja Syarikat kurier J&T Express (J&T) Perak, tampil memohon maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 57 saat dimuat naik menerusi J&T Express Malaysia – Perak, seorang pekerja itu menegaskan tiada isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

” Kami ingin jelaskan bahawa tiada tindakan mo-gok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.

” Kami sedaya upaya akan proses dan hantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya dalam rakaman video itu.

Terdahulu, J&T dalam satu kenyataan menjelaskan, insiden itu berlaku disebabkan sistem pengagihan bonus yang kurang jelas dalam kalangan kakitangan jabatan sehingga menjadi punca kejadian mo-gok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

Sebelum ini, tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mo-gok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan merosakkan barangan dalam bungkusan.

Sumber:hmetr0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *