Ebit Lew Up Status Pasal TMJ. Sekali TMJ Masuk Komen Sampai Dapat 10 Ribu Like

” Syukur pada Allah. Dulu saya sekolah di TIJB sentiasa doakan Sultan Johor selepas hampir setiap kali selepas solat. Hari ini Allah takdirkan bertemu TMJ.”

Demikian perkongsian terbaru dimuatnaik oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew di Instagram beliau mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencuri perhatian ramai.

Terdahulu, berita mengenai Ebit Lew mengadap TMJ mendapat liputan meluas pihak media dan tular di laman sosial selepas melihat kemesraan TMJ melayan Ebit Lew selain menghulurkan sumbangan peribadi.

” Tunku kata ustaz kita sebaya. Lahir tahun 84. Umur 36 tahun nak masuk 37. Takdir Allah kita bertemu. Ulang kali Tunku kata Allah takdirkan pertemuan ini. Tiada yang kekal didunia ini. Semua sementara dan miliknya

” Lagi terkesan bila melihat kerisauan Tunku pada anak muda dan masa depan anak muda.

TMJ dididik membesar dengan kesusahan

” TMJ dari kecil dididik dengan agama dan membesar dengan kesusahan. Latihan tentera di India. Sentiasa naik flight class ekonomi. Baru ini semenjak dilantik sebagai Tengku Mahkota baru naik 1st class. Makan di India ditempat biasa. Tiada duit diberi sangat.

” Dengar kisah kesusahannya membuat saya faham sesuatu. Saya jadi sebak. Begitu yer untuk menyediakan seorang pemimpin, Allahuakbar.

” Masa kecil duduk bersama keluarga orang gaji istana. Mereka yang jaga kuda istana. Dipukul rotan masa belajar mengaji.

” Tunku kuat fikir tentang Islam dan membangunkan jiwa anak muda. Susah tidur lena. Bergurau kami macam dah lama kenal. Terasa bersyukur sangat. Banyak saya belajar dalam pertemuan ini.

” Semoga Allah berkati dan jaga TMJ dan seluruh keluarga Sultan. Allah jaga seluruh institusi Sultan dan Raja dinegara ini. Allah selamatkan YDPA …” tulis Ebit Lew

Dapat respon balas dari TMJ

Sementara itu, perkongsian Ebit Lew itu telah meraih perhatian warganet yang nyata teruja membaca kisah mengenai TMJ yang tidak pernah diceritakan umum.

Menariknya juga, coretan Ebit Lew telah mendapat respon dari TMJ sendiri.

Menerusi ruangan komen, TMJ dilihat menulis pesanan beliau buat Ebit Lew dan meminta pendakwah itu menjaga diri serta menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan lagi.

” Terima kasih Ustaz. Jaga diri baik baik.

” Insha’Allah jikalau ada rezeki saya akan sentiasa memberi sumbangan untuk Ustaz membantu rakyat. Jumpa lagi dan kirim salam kepada keluarga. Salam” tulis TMJ.

Komen TMJ itu meraih lebih 10 ribu tanda suka dari warganet lain selain mendapat lebih 60 komen balas.

Rata-rata mengucapkan syukur di atas keprihatinan TMJ yang tampil menyalurkan bantuan kepada Ebit Lew untuk disumbangkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Malah ada yang menyifatkan kehadiran TMJ membantu Ebit Lew ibarat gandingan paling mantap dalam menghulurkan bantuan terus kepada rakyat tanpa apa-apa kepentingan.

” Gandingan mantap dan terbaik 2 orang insan hebat. Bersyukur dan bertuah kita dikurniakan insan-insan hebat seperti ustaz Ebit Liew dan TMJ. Semoga Allah merahmati ustaz Ebit Liew dan TMJ” tulis Izz.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah

Terdahulu Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu.

” Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

” Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia.

” Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan.

Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan

” Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa.

” Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

” Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber:Ig Ebit Lew, Asia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*