Norman Hakim Terima Sesuatu Dari Anak Dara Nya Sehingga Buat Dia Sebak Tak Terkata

Umum mengetahui dalam ramai-ramai anak selebriti, dua anak kepada pelakon Norman Hakimdan Abby Abadi sering menjadi perhatian ramai iaitu Danish Hakim dan Marissa Dania. Meskipun sudah bercerai, namun kedua mereka menjalin hubungan baik demi anak-anak.

Sebelum ini, Norman berkongsikan anaknya lelakinya ada memberikan duit belanja untuknya, kali ini giliran anak gadisnya pula menghulurkan ‘duit poket’ kepadanya.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Norman sebak dan kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh menjalankan perniagaan secara online.

“Saya sebak bukan sebab dapat duit tapi, sebab nikmat, rahmat dan barakah rezeki yang Allah bakal gandakan untuk anak-anak saya.

“Alhamdulillah hikmah sebalik PKP, saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat,” tulisnya.

Perkongsian pelakon berusia 45 tahun itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bangga dengan tindakan gadis berusia 16 tahun itu serta memuji cara didikan Norman dan Abby.

Sumber: Rotikaya

Anak dara Norman Hakim dilamar peminat | Berita Harian


KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim mendedahkan, ramai remaja lelaki yang menghantar ‘lamaran’ menerusi mesej peribadi selepas dia berkongsi wajah anak perempuannya, Marissa Dania di laman sosial, Instagram.

Walaupun terkejut, Norman mengakui, lucu dengan kesungguhan kebanyakan mereka yang berusia bawah 18 tahun memenangi hati anaknya yang kini berusia 13 tahun itu.

Pelakon asal Kuantan, Pahang berusia 42 tahun itu juga tidak menyangka, anak kedua hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi turut memiliki beberapa kelab peminat yang ditubuhkan oleh pengikut Marissa.

“Rasa lucu apabila mereka berani menghantar mesej mahu memperisterikan Marissa. Ada yang terbuka meluahkan cinta, malah sanggup melakukan apa sahaja demi Marissa. Ada juga yang mula memanggil saya ‘papa’.

“Semua ini memberikan saya pengalaman baharu. Pesan saya, anak perempuan saya itu masih muda. Perjalanannya masih jauh, malah al-Quran belum separuh dihafal.

“Kepada lelaki yang berniat mahu menjadi ‘imam’ Marissa , saya hargai keikhlasan mereka. Saya anggap ia sebagai permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita,” katanya.

Namun kata Norman, dia ingin melihat remaja itu terlebih dahulu menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT dengan penuh amanah, seterusnya menjaga ‘keramat hidup’ mereka iaitu ibu dan bapa.

“Hanya selepas melaksanakan dua amanah besar itu, baru mereka layak berfikir soal ‘mendirikan masjid’,” katanya.

Dalam pada itu, Norman berkata, dia dan Abby turut mempunyai kata laluan akaun media sosial Marissa untuk memantau setiap aktivitinya.

Biarpun Marissa jarang memuat naik gambar di platform popular itu, sebagai orang tua, mereka akan memastikan ia tidak disalahgunakan.

“Kami sudah memberikan didikan yang terbaik, malah percaya Marissa mampu menjaga diri dan membezakan antara yang baik serta buruk.

“Antara kami tiada rahsia. Saya dan Abby tidak hanya menjadi ibu serta bapa, sebaliknya sahabat untuk anak berkongsi cerita sedih dan gembira,” katanya.

Selain Marissa, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 10. Bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*