Sunday, 28 February, 2021

Pengantin Baru Dan 17 ‘Pengiring’ Leka Bergambar Sesi ‘Outdoor’ Skali P0lis Dtg,Kesemua Mereka Dibawa Naik Trak Polis.Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan Angkara Langgar SOP


Sepasang pengantin yang baru selamat diijabkabulkan di Taman Nilam, Langkawi kelmarin ditahan pihak polis kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, 17 individu termasuk ‘bridesmaid’ turut ditahan setelah membuat sesi bergambar di kawasan sungai berhampiran yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Video berdurasi 23 saat yang memaparkan pasangan pengantin dan pengiringnya menaiki lori polis telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari mengesahkan semua individu terbabit ditahan oleh sepasukan polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ditahan sebelum dibawa ke balai polis. 
“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP,” jelasnya.

Selain itu, Shariman juga berkata mereka telah dibebaskan pada hari kejadian selepas membayar jumlah kompaun yang ditetapkan.

VIDEO:

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik) & Twitter NorHadey

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

0 comments on “Pengantin Baru Dan 17 ‘Pengiring’ Leka Bergambar Sesi ‘Outdoor’ Skali P0lis Dtg,Kesemua Mereka Dibawa Naik Trak Polis.Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan Angkara Langgar SOP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!