Berita Baik, Kedai Gunting Rambut Dan Car Wash Boleh Dibuka. Ini Waktu Operasi Yang Dibenarkan

Putrajaya, 4 Feb – Kerajaan membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan beroperasi.

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, operasi kesemua perniagaan itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard yang ketat.

Jelasnya, pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah sekurang-kurangnya satu meter serta hanya laluan keluar masuk sehala sahaja dibenarkan.

Sementara itu, operasi kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan menggunting sahaja dibenarkan manakala prosedur rawatan kecantikan adalah dilarang.

Selain itu, pengusaha perlu mengikut SOP ketat seperti memakai topeng muka dan pelindung muka (face shield), sarung tangan serta apron pakai buang bagi setiap pelanggan.

Pengusaha juga perlu mencuci peralatan digunakan dengan air panas setiap kali selepas menggunting rambut pelanggan, katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*