Perkhabaran Duka,tiada lagi keletah ‘Atan’ – Jamali Shadat Pergi Buat Selama Lamanya.Punca Sebenar Kem4tian Didedahkan

PELAWAK ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 79, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman anaknya di Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada pukul 8.15 pagi Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Fauzi Jamali, 49, ketika dihubungi mStar sebentar tadi.

Menurut Fauzi dia menyedari pemergian bapanya selepas isterinya, Siti Zabedah Sood, 38, mahu mengejutkan bapanya untuk makan sarapan.

“Saya menyedari mengenai kematian dia bila isteri saya mahu mengejutkan ayah untuk makan sarapan tapi bila dia tak sedarkan diri terus saya hubungi klinik berdekatan.

“Doktor kemudian mengesahkan ayah sudah meninggal dunia pukul 8.15 pagi tadi,” katanya kepada mStar.

Fauzi turut mengatakan Allahyarham bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma selera makannya berkurangan pada malam Selasa.

“Ayah tiada apa-apa perubahan cuma semalam bila isteri saya suapkan makanan, dia hanya makan tiga empat sudu sahaja, kalau tidak sebelum ini dia berselera makan macam biasa,” katanya.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pelabuhan Klang, selepas solat Zohor.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang meninggalkan lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada tahun 1980-an, pelawak ini cukup dikenali dengan kebolehannya melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan bersama datuknya.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*