“SOP dua darjat ke?” – Netizen persoal majlis tunang Elisya Sandha waktu PKP, rakyat biasa siap tangguh lagi majlis

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pelakon Elisya Sandha yang baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Ahad lalu.

Akhirnya, terjawab juga teka-teki yang bermain dalam fikiran warganet selama ini, berkenaan hubungan antara adik pelakon Fasha Sandha itu dengan anak teruna Sheila.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan selepas menerima perkhabaran tersebut, kini timbul pula isu dimana warganet mempersoalkan majlis pertunangan mereka yang diadakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Eh, bukan SOP tak boleh buat majlis pertunangan ke?

Majlis tunang waktu PKP, boleh ke?

Sedang heboh di laman Twitter apabila ramai yang menimbulkan rasa hairan, bagaimana mereka boleh mengadakan majlis pertunangan dihadiri keluarga masing-masing sedangkan ‘sudah terang lagi bersuluh’ dalam SOP menyatakan majlis keramaian tidak boleh diadakan dalam tempoh ini.

Warganet membanjiri posting berkenaan dengan komen-komen tidak berpuas hati terhadap perkara tersebut, tambahan lagi ramai yang terpaksa menunda tarikh istimewa mereka disebabkan PKP.

Bahkan, ada yang sempat berseloroh menyatakan ‘SOP untuk rakyat marhaen sahaja’.

Antara dua darjat?

Kita punya la tangguh

SOP untuk rakyat marhaen je ke?

Kebal undang-undang kot

Selagi ada wang, di situ ada jalan

Bukan golongan artis sahaja

Sementara itu, ada juga warganet yang meluahkan bahawa sebenarnya ramai juga ‘orang biasa’ yang melangsungkan majlis keraian sebegitu, bukan golongan artis sahaja.

Elisya Sandha merupakan seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beberapa hari lepas, dia baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama anak teruna Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman pada tanggal 30 Januari 2021.

Perkongsian Jinggo dan Sheila dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan di Instagram Story Elisya, adik kepada aktres Fasha Sandha itu memuat naik gambar tunangnya sedang mendirikan solat daripada belakang.

“Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram Story.

Pada majlis itu, Fasha bersama suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz turut hadir pada majlis penuh bahagia itu apabila memuat naik beberapa foto berlatarbelakangkan pelamin sama.

Hmm. Kita bersangka baik sahaja, ya? Doakan semoga jodoh mereka berpanjangan dan selamat diijabkabulkan kelak!

Sumber: Twitter @AnisAshaari/OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*