Uncategorized

Aku plan pergi KL jumpa bakal suami dari N9, masa jumpa mata dia pandang lain je. Dan pelik dia mula marah

Assalamualaikum… Aku berusia 27 tahun, bekerja sebagai seorang doktor. Aku ingin bercerita perihal diriku yang tidak pernah kekal hubungan dengan mana-mana lelaki.

Dari aku remaja sehingga lah sekarang, setiap kali ada lelaki yang suka kat aku, hubungan kami mesti akan jadi bermasalah.

Dan kebanyakkan bekas-bekas teman lelaki aku akan tinggalkan aku tanpa sebab. Misalnya, hari ini hubungan elok je, happy bahagia.

Keesokkan hari tiba-tiba dia akan diamkan diri tanpa sebab. Lepastu tanpa sebab akan minta hubungan kami diputuskan.

Aku letih… Aku sedih… Dah banyak kali aku terpaksa hadap perpisahan yang aku tak tau apa salah aku.

Now fast forward. Aku mula cuba bukakkan hati untuk cari pasangan. Walaupun aku takde la terlalu mengharap. Aku dah malas nak fikir.

To be honest aku bukan la nak cakap besar. Just aku nak cakap aku takde la buruk. Aku ada rupa jugak. Dan ramai sebenarnya nak approach. Tapi aku dah fobia nak kenal lelaki.

Dan awal tahun ni bekas kawan sekolah aku dulu, tiba-tiba mesej aku directly tanya aku dah ada teman lelaki ke.

Dia cakap dia memang tanya direct sebab dia memang nak ajak kahwin. Dia tu jenis yang dari keluarga yang alim. Juga seorang doktor.

Aku awalnya tak nak. Macam awkward dah bertahun tak jumpa tiba tiba ajak kahwin. Tapi aku cuba sebab aku fikir mungkin Tuhan cuba elak aku dari maksiat dan hantar jodoh yang baik buat aku.

Dan disebabkan kegigihan dia, aku memang betul-betul jadi sayang kat dia. Kami declare. Dan mula la kami plan pasal kahwin awal tahun depan.

Dah memang banyak la plan di buat. Dia la yang bersungguh. Aku memang dah jadi sayang sangat.

Tapi tiba -tiba satu hari tu, aku buat plan nak pergi KL jumpa kawan aku. Bakal suami aku ni pun kerja kat KL. Aku ni di negeri sembilan.

Dia yang sebelum ni memang selalu nak jumpa benaku. Tiba-tiba macam dingin. Walaupun sebelum aku inform nak ke KL tu dia ok. Dia berubah. Sebab aku cakap nak jumpa dia sekali.

Tapi kami tetap jumpa. Aku dah perasan sebenarnya masa jumpa tu mata dia lain macam pandang aku. Dia macam mata orang yang tak suka. Yang macam nak marah.

Akhirnya dia reply cakap yang dia ada gangguan. Yang mana dia tak boleh jumpa aku. Dia akan ada rasa benci dan dia perlukan ruang dan masa.

Katanya hari hari dia tidur dalam ketakutan. Sering mimpi buruk. Dan katanya dia akan ada masalah sama setiap kali ada calon isteri.

Perasaan aku Tuhan je yang tau. Kalau betul ada gangguan tu, aku tak pasti adakah puncanya aku atau sebenarnya dia? Sebab kami seakan dalam situasi yang sama.

Tapi aku masih takut semua nya adalah rekaan dia. Aku takut kalau dia sekadar mereka cerita.

Tapi perubahan dia yang drastik memang buat aku terpukul teruk. Seakan satu kebahagiaan aku direntap dengan tiba-tiba.

Aku masih sayangkan dia.. Tapi dia memang dah jauhkan diri dari aku. Aku tak tahu apa lagi aku nak buat.

Hidup aku, kerjaya aku memang dalam risiko disebabkan aku yang dah macam orang hilang akal. Aku asyik menangis. Tolong la semua apa yang perlu aku buat?

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *