Uncategorized

Hanya Kerana Hal Ini,Shuib Buat Pengakuan Ber4n1,Dia Sangat Cemburv Dengan Aeril Zafrel

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berhasrat mahu meluaskan empayar perniagaan agar dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain.Impian terbabit diluahkan Shuib bersempena ulang tahun kelahiran ke-36 yang disambut pada 12 September lalu.

“Sempena hari lahir, saya mahukan keluarga yang bahagia, kerjaya berjalan lancar dan bisnes yang berkembang baik.

“Saya juga mahu ada empayar perniagaan besar dan Alhamdulillah, bisnes yang dijalankan semakin mendapat respon positif.”Menerusi perniagaan, saya mahu memberikan banyak kebaikan kepada orang lain dan mahu memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan,” kata Shuib.

Tambah usahawan Bubble Bee itu, dia turut menyimpan hasrat untuk membina masjid.”Saya ada simpan impian untuk mendirikan sebuah masjid menerusi perniagaan yang dibina, menghantar ramai orang menunaikan ibadah Umrah dan mahu membantu orang setiap hari.

“Sejujurnya, saya rasa cemburu melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sedang dalam proses membina masjid menerusi perniagaan yang mereka usahakan, tapi cemburu terbabit adalah cemburu yang baik.

“Sebelum melihat mereka membina masjid pun saya sudah simpan impian itu tetapi ia bukannya sesuatu yang mudah.

“Jadi, saya mahu berusaha dengan sehabis baik agar apa yang saya impikan menjadi kenyataan,” katanya lagi.

Wawa Zainal Galak Aeril Zafrel Bina Masjid

Pelakon Wawa Zainal menggalakkan agar suaminya, aktor Aeril Zafrel membina sebuah masjid.Masjid terbabit akan didirikan di kampung halaman Aeril yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

“Kami telah membeli sebuah lot tanah dan Aeril berhasrat mahu membina sebuah rumah banglo.

“Namun begitu, saya memikirkan yang ada baiknya jika kami membina masjid. Idea ini datang selepas saya mendengar ceramah seorang ustaz.

“Saya memberi galakkan kepada Aeril membina masjid untuk saham akhirat kami. Akhirnya, keputusan telah dibuat dan kami membina masjid di sana.

“Aeril pun telah berbincang dengan ketua kampungnya dan telah bersetuju untuk menghulurkan dana bagi pembinaan masjid itu. Kami memohon doa agar segalanya dipermudahkan,” kata Wawa.

Dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan bakal memuatkan seramai 700 orang jemaah, wang terbabit akan dikumpulkan menerusi keuntungan jualan koleksi terbaru Wawa Cosmetics, Bukhari dan Muslim.

“Segala keuntungan dua koleksi kosmetik ini akan digunakan untuk pembinaan masjid terbabit.

“Harga untuk satu kotak berharga RM79 dan dua kotak hanya RM150 sahaja. Koleksi ini akan dikeluarkan sebanyak 80,000 set sahaja.

“Untuk keluaran kali ini, memang kami tidak akan mengambil keuntungan langsung terhadap dua koleksi terbabit.

“Team Wawa Cosmetics dan pembeli yang bakal membeli menjadi penyumbang untuk masjid ini,” kata Aeril pula.

Koleksi Wawa Cosmetics edisi Bukhari dan Muslim ini akan dua pengilat bibir, set solekan serta wangian dan mula dijual hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *