Uncategorized

Balu Aruwah Ab4m Boceyy Luah Rasa Kecew4 Gara Gara Tindakan Ali Puteh Yang Membuat Sesuatu Kepada Pusara Ab4m

SELEPAS lima bulan meninggal dunia, pusara Allahyarham Abam Bocey yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selamat dinaikkan batu nisan dan binaan kubur.

Pada entri yang dikongsikan di Instagram, Ali meminta pengikutnya yang ingin menziarahi pusara Allahyarham Abam untuk mendoakan kesejahteraan arwah.

Namun tindakan itu kurang disenangi balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kerana dia tidak dimaklumkan mengenainya.

Nor Hidayah ketika ditemui mStar bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.

“Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni.

“Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram.

“Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja,” katanya dalam nada kecewa.

Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur arwah Abam.

“Memang kami tak tahu ahli keluarga arwah bina kepok di kubur arwah hari ini,” kata Mohd Ali.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Kredit:mstaronline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *