Uncategorized

Kontr0versii Pencer4ian Imam Muda Syed Faris,Ibu Mertua Mula Tampil Bersuara,Ini Kata Kata Ibu Mertua Nya Kepada Imam Muda Syed Faris

SELEPAS pendakwah bebas PU Abu dan Dai Farhan, kali ini finalis Imam Muda 2014, Syed Mod Faris Syed Roslan pula dihimpit kontroversi rumah tangga.

Syed Faris, 34, menceraikan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu.

Ibu kepada Nur Hidayu yang mahu dikenali sebagai Zainab, 60, mengesahkan perkara itu dan menyifatkan bekas menantunya sebagai tidak bertanggungjawab.

Wanita itu turut mendakwa Syed Faris sudah beberapa kali kantoi berlaku curang terutamanya ketika Hidayu sedang hamil.


Syed Faris bersama isteri dan anak mereka.

Apa yang dikesalkan kata Zainab apabila mengetahui Syed Faris berpoligami dengan alasan untuk membantu kewangan keluarga.

“Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan tu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.

“Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya maksiat,” ujarnya.


Syed Faris merupakan finalis Imam Muda musim kedua.

Bagaimanapun, Zainab reda dengan ketentuan dan ujian berat yang dilalui oleh anaknya itu sepanjang 13 tahun perkahwinan.

Nur Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah berpisah dan mendakwa dikasari oleh madunya selepas Syed Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Alasan dia kahwin dengan perempuan itu adalah untuk bantu kewangan keluarga.

Dalam laporan itu, Nur Hidayu mendedahkan Syed Faris hanya memaklumkan dia berkahwin lain hujung Januari lalu ketika dia baharu melahirkan anak kelima mereka.

Dia turut menyedari perubahan mendadak suaminya yang sering pulang lewat malah tidak pulang langsung ke rumah selain Syed Faris juga dikatakan tidak lagi memberikan wang nafkah.

Syed Faris memberi alasan perkahwinan keduanya adalah untuk membantu kewangan keluarga.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata Syed Faris pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang Nur Hidayu kerana memikirkan anak-anak mereka.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hidayu pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *