Uncategorized

“Ibu Dir0g0l Waktu Rumah Dipecah Masuk, Saya Anak Hasil Tragedi Itu” – Pengakuan Pemuda Ini Kejutkan Netizen

Pengakuan seorang pemuda tentang dia adalah anak kepada perog0l yang memperk0sa ibunya pada Instagram (IG) Live di antara Caprice dan Fynn Jamal malam tadi telah mengejutkan wargamaya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna telah berkongsi pengakuan pemuda tersebut untuk tatapan umum.

“Ibu saya adalah dirog0l waktu rumah dipecah masuk, saya anak hasil tragedi tu. Jangan kata semua perempuan sengaja, diorang adalah mangsa. Saya mewakili ibu saya, perog0l yang bersalah,” tulis pengakuan terbabit.

Gempak berpeluang menemubual pemuda tersebut yang dikenali sebagai Fahmi Abdullah.

Menurut Fahmi, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Fynn Jamal yang menyalahkan wanita, aurat dan filter sebagai punca kes rog0l adalah salah.

“Bukan senang mak saya hadap benda ni, bukan mudah mak saya nak lupakan kejadian itu dan bukan senang saya hidup dengan keadaan begini.

“Saya dan mak mengalami masalah kesihatan m3ntal, tapi mak saya adalah orang yang paling sengs4ra. Bukan mudah untuk lahirkan anak lu4r nikah sedangkan mak saya sudah berkahwin waktu itu.

“Berhenti salahkan wanita dalam segala hal. Wanita adalah perhiasan dunia, hargai wanita. Berhenti salahkan pakaian wanita, mula didik anak lelaki jaga tingkah laku, jaga syahw4t, fikir apa perasaan kalau orang buat macam tu pada keluarga terdekat,” kata Fahmi ketika dihubungi Gempak.

Tambah Fahmi, dia merasakan inilah masa yang sesuai untuknya keluar daripada perasaan malu.

“Saya ada ibu yang penyayang, yang tak pernah buang saya walaupun saya bukan anak yang dia tunggu-tunggu,” ujarnya lagi.

Bagi Fahmi, dia mahu beri kesedaran kepada orang ramai bahawa perbuatan rog0l adalah jen4yah dan ia adalah salah perog0l.

“Macam kita tahu sekarang ramai mangsa-mangsa rog0l yang berniqab, berjubah labuh, yang menjaga aur4t. Dia dah menjaga aur4tnya tapi masih dirog0l? Kenapa? Disebabkan lelaki yang bernafsu. Wanita jaga aurat macam mana pun, kalau lelaki itu tak kawal nafsunya, haiwan juga dia boleh rog0l.

“Saya mewakili ibu saya, ingin berikan kesedaran tentang rog0l adalah salah perog0l, bukan salah mangsa yang seksi atau berjubah labuh. Itu fakta,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter apabila membangkitkan isu jen4yah rog0l.

Beberapa pendapatnya telah mencetuskan kemarahan wargamaya apabila ada yang mendakwa ia agak mengelirukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *