Uncategorized

Raikan Kemenangan Liverpool Sebagai Juara Di Pusara Ayah Sendiri. Ramai Yang Kecam Tapi Ini Jawapan Mereka

Seorang pemuda mencuri perhatian wargamaya apabila keluarganya menziarahi pusara bapa sambil meraikan kejayaan pasukan bola sepak kegemaran Liverpool.

Menerusi laman sosial Twitter, pemuda dengan nama Hafriz berkongsi foto abang dan adiknya menziarah kubur bapa mereka bersama jersi pasukan Liverpool untuk tontonan umum.

“Arwah bapa meninggal awal tahun ni. Kami sekeluarga memang minat sangat dengan pasukan Liverpool.

“Abang dan adik saya pergi menziarah kubur bapa sebab kami nak berkongsi kegembiraan kemenangan pasukan ni,” jelas Hafriz ketika dihubungi Gempak.

Sempat menceritakan kenangan manis bersama bapa, mereka berkongsi banyak momen indah sebagai penyokong gergasi bola sepak England itu.

“Momen best memang banyak, kami selalu tonton perlawanan bola ramai-ramai di rumah. 
 
“Waktu bapa sakit pun dia bangun awal pagi sebab nak tengok pasukan Liverpool main, memang dia suka tengok bola,” jelas Hafriz lagi.

Perkongsian foto Hafriz itu sehingga kini telah menerima hampir 4,000 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Awal pagi tadi, Liverpool disahkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila pesaing di tangga kedua, Manchester City tumpas kepada Chelsea dalam satu lagi perlawanan.

Ia merupakan suatu penantian yang bermakna buat seluruh penyokong The Reds selepas 30 tahun pasukan itu sepi tanpa gelaran juara EPL.

Ramai Pelik Dengan Tindakan Mereka

Perkara ini menjadi perbualan di laman Twitter dimana ada yang mengatakan tidak sesuai untuk mereka berbuat demikian. Perkara tersebut seperti tidak menghormati kawasan kvbur disitu.

Mereka telah tampil memberi respond kepada yang tidak puas hati kenapa mereka sanggup ‘celebrate’ kemenangan Liverpool sebagai juara EPL di kvbur.

Sumber : GEMPAK

Olahan : TOA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *